MessageOneGod |
Manasseh@1WORLDCommunity
End Of the HISTORY Not End
Of the WORLD
מנשה מדין מנשה מנשה
AsSALAM UMATi serta Al
Fatihah kepada Daiee'Allah 'Salahuddin al 'Ayyubi. Ṣalāḥ Al 'Dīn Al 'Ayyubīy,
bahasa Kurdi: Silhedînê Eyûbî, Turki: Selahaddin Eyyubi) atau nama sebenarnya
Yusuf bin Ayyub (1137 -1193) mengasas kan dinasti Ayyubi bangsa Kurdis di Mesir
dan Syria.
Di Barat beliau dikenali
sebagai Saladin. Dia juga terkenal dalam kalangan Nasaro (eropa) dan Muslim
dengan kebolehannya sebagai ketua dan ketangkasannya dalam peperangan yang
disertai juga dengan sifat kesateriaan dan belas kasihannya semasa Perang
Salib.
Dengan kewafatan Nur Ad 'Din
pada tahun 1174, beliau menjadi Sultan Mesir. Beliau kemudian mengisytiharkan
kemerdekaan daripada kerajaan Seljuk dan mengasaskan Kerajaan Ayubbiyyah.
Beliau turut mengembalikan ajaran Sunah Wal Jamaah di Mesir.
Salahuddin Al 'Ayubbi wafat
pada 4 Mac 1193 di Kota Damsyik tidak lama selepas pemergian Raja Richard.
Apabila mereka membuka peti simpanan Salahuddin untuk membiayai upacara
pengebumiannya, mereka mendapati ia tidak cukup (diriwayatkan Salahuddin hanya
meninggalkan sekeping wang emas dan empat wang perak semasa kematiannya.
Ada juga riwayat yang
menyebut wang itu henyalah wang 5 Dinar) . Salahuddin telah memberikan hampir
kesemua hartanya kepada rakyat-rakyatnya yang miskin. Makamnya yang terletak di Masjid Ummaiyyah
merupakan tumpuan tarikan pelancong yang terkenal. Makamnya adalah antara makam
yang sering dikunjungi umat Islam di seluruh DUNIA.
Hadis Qudsi yang
diriwayatkan oleh Bukhari didalam Sahihnya. Dari Abu Sa'id Al 'Khudri Radhi
'Allahu Anhu.
Rasulullah Shalla'Allahu
Alayhi wa Sallam bersabda: “Allah
berfirman pada hari kiamat: "Wahai Adam!" Adam menyahutnya: "Kami sambut panggilanMu wahai Tuhan
kami dan demi kebahagiaan yang Engkau curahkan kepada kami.”
Lalu baginda dipanggil lagi
dengan 1 panggilan: “Sesungguhnya Allah
memerintahkan kepadamu untuk memisahkan rombongan keturunanmu untuk dihantar ke
dalam neraka. “Adam bertanya: “Apakah yang dimaksudkan dengan rombongan ke
neraka itu?” Allah menjelaskan: "Ambil dari tiap-tiap 1000, 999
orang."
Ketika dilaksanakan perintah
itu (terjadilah berbagai peristiwa) seperti orang yang sedang hamil, gugur
kandungannya, anak-anak kecil serta merta beruban dan kelihatan orang-orang
seakan-akan mabuk tapi sebenarnya mereka tidak mabuk, (hanyalah) gambaran
seksaan Allah yang sangat dahsyat (ketika itu).
Orang-orang (yang hadir
mendengar pada waktu itu) merasa ngeri sehingga berubah pucat warna muka
mereka. Lalu Nabi Shallaalahu Alayhi wa Sallam menerangkan: "Diambil dari
Ya'juj dan Ma'juj 999 dan dari kamu 1.
Jika kamu dibandingkan dengan orang yang sangat ramai
itu, ibarat sehelai bulu berwarna hitam yang terdapat pada seekor lembu jantan
yang berwarna putih. Sesungguhnya aku
mengharapkan agar kamu menempati 1/4 penghuni syurga. “Lalu kami semuanya
bertakbir tanda gembira. Kemudian
baginda menyambung lagi: “Menempati satu 1/3 penghuni syurga.” Lalu kami bertakbir lagi tanda gembira. Kemudian baginda menyambung lagi:
"Menempati separuh penghuni syurga.”
Maka kami pun bertakbir lagi.” (Hadis riwayat Al 'Bukhari)